Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakatan dagangan bebas serantau dijangka tidak akan dicapai dalam Puncak Asean Asean

Nov 04, 2019 | 07:45 AM



PAKATAN dagangan bebas terbesar dunia dijangka tidak akan dapat dimeterai dalam Puncak Asean yang sedang berlangsung di Thailand setelah seorang pegawai Thailand menyatakan pakatan itu dijangka ditandatangani pada Februari tahun depan.



"Menteri-menteri perdagangan masih lagi membincangkan isu-isu yang belum terhurai. Pemeteraian itu dijangka dicapai Februari tahun depan,'' kata jurucakap kerajaan Thailand, Encik Narumon Pinyosinwat.



Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi tidak menyebut mengenai pakatan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) dalam ucapan pembukaannya di Puncak Asean-India semalam (3 Nov) di sebalik menjelaskan kerjasama yang meningkat antara India dengan Asean.



Beliau menggalak lebih banyak kerjasama dengan Asean dalam bidang-bidang seperti pertanian, sains, teknologi maklumat dan komunikasi, serta kejuruteraan.



Jika dimeterai, RCEP akan meliputi 10 negara Asean, China, India, Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand yang menyumbang satu pertiga dri Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), menurut The Straits Times (ST).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >