Pakatan dicabar PAS, MCA dalam dua pilihan raya kecil DUN Selangor, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:55
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Pakatan dicabar PAS, MCA dalam dua pilihan raya kecil DUN Selangor

Aug 18, 2018 | 12:04 PM

PETALING JAYA: Gabungan Pakatan Harapan akan dicabar dalam pertandingan satu lawan satu di dua pilihan raya kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, selepas hari penamaan calon pada Sabtu (18 Ogos).

Bagi PRK Seri Setia,   calon Pakatan Harapan daripada aParti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Halimey Abu Bakar, dicabar oleh calon  Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dr Halimah Ali.

Perkara itu disahkan Pegawai Pengurus PRK   Datuk Mohd Azizi Mohd Zain  selepas pihaknya menerima borang pencalonan dua calon tersebut  tanpa sembarang bantahan.

  Encik Halimey,    46 tahun, bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara     Dr Halimah,   58 tahun,  bekas exco kerajaan negeri Selangor yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Ramai anggota Umno datang pada penamaan calon  untuk menyokong calon PAS.
 
PRK DUN Seri Setia diadakan berikutan penyandangnya, Profesor Dr Shaharuddin Badaruddin, meninggal dunia akibat barah usus pada 2 Ogos.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Profesor Shaharuddin menang besar kerusi DUN Seri Setia dengan mendapat 29,250 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Encik Yusoff M. Haniff (9,878); PAS, Encik Mohd Ghazali Daud (4,563),  dan Bebas,  Encik  S. Vigneswaran (217).

PRK  DUN Selangor  Balakong pula menyaksikan pertembungan  antara calon Pakatan Harapan daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP),  Cik  Wong Siew Ki, dan  calon BN daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA), Encik  Tan Chee Teong.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK  Datuk Rosli Othman.
 
PRK Balakong bakal menyaksikan  logo Pakatan Harapan digunakan buat pertama kalinya  dalam pilihan raya.

PRK Balakong  diadakan    berikutan kematian penyandangnya, mendiang Ng Tien Chee, akibat kemalangan jalan raya   pada 20 Julai lalu.

Pada pilihan raya 9 Mei, mendiang  Ng,   yang mewakili DAP, menewaskan   calon BN  Lim Chin Wah dan calon PAS  Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi.

Kedua-dua PRK itu akan diadakan pada 8 September. –   UTUSAN ONLINE

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map