Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30
Dunia

Pakatan Harapan hilang kuasa di Johor, gabungan baru akan ambil alih

Feb 27, 2020 | 03:40 PM

JOHOR BARU: Satu kerajaan gabungan baru dijangka akan menggantikan Pakatan Harapan (PH) di Johor, dengan majoriti 28 kerusi di Dewan Rakyat.

Setiausaha privet bagi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Datuk Jaba Mohd Noah berkata pemimpin itu berpuas hati dengan kerajaan gabungan baru itu setelah mereka menghadap beliau dalam satu pertemuan yang diadakan secara peribadi, lapor The Star.

"Dalam pertemuan itu, sejumlah 28 orang menyokong kerajaan baru itu, namun 26 menyokong Pakatan Harapan. Dua wakil rakyat tidak hadir," kata Datuk Jaba.

Beliau menjelaskan bahawa dengan angka itu, Sultan Johor berasa kerajaan baru itu mempunyai jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan negeri tersebut.

Difahamkan kerajaan baru itu dianggotai parti-parti Umno, Kongres India Malaysia (MIC), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan beberapa Anggota Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ketua Umno Johor, Encik Hasni Mohammad, dijangka akan menjadi menteri besar selanjutnya. - The Star/Asia News Network.