Pakatan Kurdi-Arab dijangka serang kubu kuat militan IS di utara Syria
Jun 10, 2016 | 05:30 AM
WASHINGTON: Pakatan Kurdi dan Arab yang disokong Amerika Syarikat akan melancarkan serangan ke bandar raya utara Syria yang ditawan militan IS dalam masa beberapa hari lagi, kata jurucakap tentera semalam, yang membantu membuka jalan kepada serangan sebenarnya ke atas kubu kuat militan itu di Raqa.
Pasukan Demokratik Syria (SDF) berada di utara Manbij, bandar strategik yang ditawan militan IS yang menjadi laluan utama Raqa dengan sempadan Turkey.