Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakatan pembangkang terima parti Mahathir, akur bertanding sebagai satu entiti

Mar 21, 2017 | 08:24 AM



KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang Malaysia, Pakatan Harapan (PH), menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin (20 Mac) sebagai anggota keempat, dalam usaha mengukuhkan peluang pembangkang menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang.



PH berkata dalam satu pos Facebook bahawa mesyuarat majlis presidennya juga telah membuat keputusan secara rasmi mendaftarkan pakatan itu dengan Pendaftar Pertubuhan.



Dua langkah tersebut membuka jalan bagi pakatan empat parti itu bertanding dalam pilihan raya umum sebagai satu entiti yang menawarkan satu logo, satu manifesto dan seorang calon.



Tiga lagi anggota PH ialah Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang diketuai Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara.



Pakatan pembangkang sebelum ini, Pakatan Rakyat, yang mempunyai tiga anggota, bertanding dalam pilihan raya 2013 menggunakan logo parti masing-masing, dan di beberapa kerusi, berperang melawan satu sama lain, menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengundi luar bandar.



"(Kami) bersetuju mengadakan perbincangan segera dalam kalangan semua empat parti untuk tampil dengan manifesto bersama dan mencipta logo baru," kata PH dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu.



Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir mendesak pembangkang supaya memastikan pertandingan satu lawan satu terhadap gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan menggunakan logo sama dan satu manifesto untuk dibentangkan kepada pengundi.



BN terdiri daripada 13 parti politik, tetapi bertanding dalam pilihan raya menggunakan satu logo.



Ia menguasai 132 kerusi di Parlimen, yang mempunyai 222 kawasan undi. PAS menduduki 14 kerusi, parti pembangkang lain 75, dan ada seorang anggota parlimen bebas.



Ini bermakna PH perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi untuk menyingkirkan BN daripada berkuasa.



Pilihan raya umum Malaysia boleh diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun depan, tetapi terdapat spekulasi ia mungkin dijalankan tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >