KORONAVIRUS
Pakej rangsangan ekonomi $2.9 trilion dilulus Senat Amerika
Mar 27, 2020 | 05:30 AM
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat telah meluluskan pakej menyelamat bernilai AS$2 trilion ($2.9 trilion) untuk respon kepada krisis ekonomi dan kesihatan akibat pandemik koronavirus Covid-19.
Ia memberi tekanan kepada Dewan Perwakilan yang diketuai Parti Demokrat untuk meluluskan rang undang-undang itu segera dan menyerahkan bagi mendapatkan tandatangan Presiden Donald Trump.