Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakej tunai umrah jemaah M'sia dijangka naik lebih 26% cecah RM10,000 seorang

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kebanyakan agensi pelancongan di Malaysia sedang meneliti semula pakej umrah sekitar RM7,890 ($2,427) yang ditawarkan ketika ini dengan jangkaan terpaksa menaikkan harganya sehingga sekitar RM10,000 bagi setiap jemaah, iaitu kenaikan sekitar 26.7 peratus



Ia berikutan kenaikan mendadak pelbagai kos di Makkah dan Madinah, terutama bayaran penginapan dan makanan, selain kos penerbangan ke Jeddah di Arab Saudi.



Difahamkan, sejak Oktober tahun lalu, agensi pelancongan berdepan masalah berkenaan, namun ada yang mengambil jalan tengah dengan menyerap kos tambahan agar tidak membebankan jemaah.



Apa yang merunsingkan adalah kos penginapan dan penerbangan yang terus melonjak sehingga ada agensi terpaksa membawa jemaah ke Tanah Suci dengan menanggung sendiri kos tambahan kerana kenaikan berlaku secara mengejut dan berterusan.



Pengasas bersama SafarTrips Umrah, Encik Rizal Mohamad, mengakui agensi pelancongan seperti syarikatnya kini beroperasi dalam keadaan tertekan dengan keuntungan semasa merudum teruk hampir 50 peratus.



"Keuntungan kami berkurangan hampir 50 peratus. Malah ada kumpulan jemaah yang bakal dibawa pada Januari ini, memang kami (terpaksa tanggung) rugi. Kami tak mahu minta (jemaah) bayar lebih, jadi kami tanggung sendiri kos itu dengan jemaah hanya bayar harga pakej seperti dipersetujui.



"Disebabkan pelbagai kenaikan ini, kami tidak ada jalan lain, terpaksa semak dan ubah harga pakej semasa. Pakej paling murah pun selepas ini, mungkin lebih RM9,000. Sebelum ini ada pakej serendah RM7,000 lebih, tetapi ia tidak dapat dikekalkan lagi," katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).



Encik Rizal berkata, bagi mengelak menanggung kerugian besar, syarikatnya berunding dengan jemaah untuk menempatkan mereka di lokasi penginapan agak jauh ketika di Makkah, selain mengurangkan tempoh masa berada di Tanah Suci, misalnya daripada 12 hari kepada sembilan hari.



Mengenai harga tiket penerbangan, katanya, ia naik mendadak dengan penerbangan terus ke Jeddah kini mencecah RM4,000 berbanding sekitar RM2,800 hingga RM3,200 sebelumnya, manakala harga penginapan untuk satu malam bagi bilik memuatkan empat orang boleh mencecah 1,000 riyal (RM1,441).



"Sepatutnya kerajaan dan agensi berkaitan campur tangan menangani isu ini. Ini kerana selalunya agensi umrah akan jadi mangsa manakala jemaah pula fikir pihak kami yang sengaja naikkan harga.



"Malah ada kes apabila sampai di Tanah Suci, hotel di sana membatalkan tempahan yang sudah dibuat lebih awal. Selain itu, ada hotel di Arab Saudi tidak ikut kontrak apabila menaikkan sewa penginapan secara tiba-tiba dengan alasan mereka menerima permintaan amat tinggi," katanya.



Pengurus Umrah Muqmeen Travel and Tours Sdn Bhd, Encik Mohd Khairil Azwan, juga menjangkakan peningkatan kos umrah berlanjutan.



"Buat masa ini, kami terpaksa tukar strategi, misalnya terbangkan jemaah guna penerbangan transit yang lebih murah, dengan cara itu dapatlah kekalkan harga lama. Kami juga terpaksa tukar hotel kumpulan jemaah.



"Alhamdulillah, setakat ini jemaah faham dan akur dengan kenaikan harga hotel yang sangat ketara, naik tiga hingga empat kali ganda. Jika dulu, kos hotel untuk seorang jemaah cuma RM500, kini cecah RM1,500 hingga RM2,500," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >