Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan akur batal subsidi tak dibiayai sebelum semakan IMF

Apr 26, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) berkata Pakistan bersetuju membatalkan subsidi yang tidak dibiayai sebelum perbincangan untuk menyambung semula semakan ketujuh pada Mei.



"Kami bersetuju bahawa tindakan segera diperlukan untuk membatalkan subsidi yang tidak dibiayai yang telah melambatkan perbincangan untuk semakan ketujuh," kata IMF dalam satu kenyataan selepas perbincangan dengan menteri kewangan Pakistan yang melawat di Washington.



Pakistan telah memberikan subsidi berjumlah lebih AS$2 bilion ($2.8 bilion) kepada sektor minyak dan tenaganya.



Sebelum ini, Pakistan meminta IMF melanjutkan program pinjamannya selama setahun dan meningkatkan pembiayaan AS$6 bilion untuk meredakan cabaran pembiayaan bagi negara Asia selatan itu apabila pemerintah baru memulakan khidmatnya bulan ini.



Menteri Kewangan Miftah Ismail berkata permintaan itu dibuat semasa perbincangan "positif" dengan IMF di Washington untuk menyambung semula program pinjaman.



IMF telah "sebahagian besarnya bersetuju" untuk melanjutkan program sekarang bagi satu tahun lagi. Tetapi butiran akan dikeluarkan semasa lawatan misi ke Pakistan bulan depan, kata Encik Miftah dalam satu sidang akhbar di Washington.



IMF menggantung pinjamannya kepada Pakistan selepas pergolakan politik yang membawa kepada penyingkiran perdana menteri, Encik Imran Khan.



Bantuan daripada dana itu akan menjadi penting untuk meningkatkan kewangan negara, selepas rizab pertukaran asing jatuh kepada kurang daripada dua bulan perlindungan import. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >