Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pakistan bakal lantik hakim Mahkamah Agung wanita pertama

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Suruhanjaya kehakiman Pakistan mengesahkan pencalonan hakim Mahkamah Agung wanita pertama dalam sejarah negara majoriti Islam itu kelmarin.



Langkah itu sekali gus akan memastikan pelantikan beliau, menurut anggota parti pemerintah dan pakar undang-undang negara itu.



Satu suruhanjaya yang memutuskan kenaikan pangkat hakim kelmarin mengundi untuk menjadikan Hakim Ayesha Malik, 55 tahun, sebagai hakim wanita pertama di Mahkamah Agung dalam tempoh 75 tahun sejak kemerdekaan negara Asia Selatan itu.



Langkah seterusnya ialah satu panel Parlimen di mana parti pemerintah mempunyai anggota yang mencukupi untuk mengesahkan pelantikannya, kata Cik Zahrah Vayani daripada Persatuan Peguam Wanita.



Beliau berkata tindakan suruhanjaya kelmarin "adalah satu pelantikan lebih daripada pencalonan".



"Satu detik penting dan menentukan di negara kita sedang seorang peguam dan hakim yang cemerlang telah menjadi hakim Mahkamah Agung wanita pertama Pakistan," kata seorang penggubal undang-undang parti Tehreek-e-Insaaf yang memerintah dan juga setiausaha parlimen bagi undang-undang, Cik Maleeka Bokhari, dalam Twitternya.



"Untuk memecahkan siling kaca," tambah beliau.



Walaupun bersejarah, langkah itu agak memecahbelahkan.



Sembilan anggota dalam suruhanjaya yang mengesahkan pelantikannya telah menolak kenaikan pangkat Cik Ayesha ke mahkamah tertinggi itu pada tahun lalu, dan undian ulangan kelmarin juga agak rapat keputusannya - lima undi menyokong dan empat menolak - menurut sumber yang biasa dengan prosiding tersebut. - Reuters.




“Satu detik penting dan menentukan di negara kita sedang seorang peguam dan hakim yang cemerlang telah menjadi hakim Mahkamah Agung wanita pertama Pakistan.” 
- Cik Maleeka Bokhari, penggubal undang-undang parti Tehreek-e-Insaaf.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >