Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pamer selipar dan kasut di muzium London sebagai kenangan Covid-19

May 11, 2020 | 12:55 PM
JADIKAN PAMERAN: Muzium London telah meminta agar warga London mendermakan barang peribadi dan objek untuk mengingati kehidupan dalam keadaan sekatan pergerakan.
JADIKAN PAMERAN: Muzium London telah meminta agar warga London mendermakan barang peribadi dan objek untuk mengingati kehidupan dalam keadaan sekatan pergerakan. - - Foto Reuters

LONDON: Adakah anda sanggup mempamerkan selipar atau kasut anda di muzium?

Pandemik koronavirus masih hangat terasa di seluruh dunia, namun kebanyakan muzium sudah mula mengumpulkan barang peribadi dan objek untuk mengingati kehidupan dalam keadaan sekatan pergerakan.

"Ini adalah satu pengalaman yang luar biasa," kata Cik Beatrice Behlen, kurator kanan di Muzium London, kepada AFP.

"Apabila kami mendapat tahu tentang sekatan pergerakan, kami terus berbincang tentang apa yang kami perlukan untuk mengumpulkan sesuatu yang boleh dibuat kenangan di masa depan."

Muzium tersebut telah meminta warga London untuk menyumbangkan barang-barang yang mencerminkan kehidupan mereka semasa wabak Covid-19.

"Ia mungkin sesuatu yang memberi anda keselesaan - satu contoh yang sering disebut adalah mungkin sandal kegemaran anda, dan anda memakainya setiap hari," kata Cik Behlen lagi.

Ia juga mungkin menunjukkan anda telah mempelajari satu kemahiran baru, contohnya menjahit, memasak atau membuat pelitup untuk kakitangan kesihatan, menurutnya lagi.

Antara barang yang telah dikumpulkan setakat ini adalah satu periuk jem buatan sendiri dan alat muzik 'rattle' yang digunakan untuk mengiringi "tepukan untuk penjaga kesihatan" yang diadakan setiap minggu di seluruh negara.

"Apa yang menarik bagi kami adalah kisah dan sejarah di sebalik barang ini," kata Cik Behlen lagi. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg