Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pandangan Trump terhadap perang di Syria, Assad berubah

Apr 06, 2017 | 09:04 AM



WASHINGTON (Amerika Syarikat): Serangan kimia yang dipercayai dilakukan terhadap rakyat Syria telah merubah pandangan Presiden Donald Trump terhadap peperangan saudara yang berlaku di negara itu.



Namun, beliau enggan menyatakan bagaimana Amerika akan memberi respons menyusuli serangan itu, lapor The New York Times.



Sekurang-kurangnya 86 orang dilaporkan terkorban dalam insiden Selasa lalu (4 Apr) di Khan Sheikhun, iaitu kawasan dikuasai pemberontak di utara Syria, manakala berpuluh-puluh lagi dirawat selepas menunjukkan tanda menggeletar dan mulut berbuih, selepas berlakunya satu serangan yang dipercayai menggunakan gas toksik.



Menurut Encik Trump, gambaran kematian yang berlaku adalah "sesuatu yang amat melampau dan melebihi batas, melebihi banyak batasan garis merah," katanya.



Tambahnya lagi, kematian "anak-anak kecil yang tidak berdosa, bayi" telah membuatnya melakukan penilaian semula terhadap situasi itu dan presiden Syria, Bashar al-Assad.



"Kemungkinan itu sememangnya amat besar, dan saya boleh beritahu kamu bahawa ia telah pun berlaku, bahawa sikap saya terhadap Syria dan Assad, telah jauh berubah," kata presiden itu sewaktu beliau berdiri bersebelahan Raja Jordan di Rose Garden untuk sidang akhbar.



Sebelum serangan kimia itu, pentadbiran Encik Trump telah berkali-kali menyatakan bahawa ia tidak bercadang meneruskan usaha untuk menyingkirkan Encik Assad.



Selewat kelmarin, jurucakap Encik Trump berkata, melakukan demikian adalah sesuatu yang "bodoh" sedang negara itu berdepan dengan dengan realiti politik hari ini.



Namun Encik Trump semalam kelihatan membayangkan perubahan dasarnya, meski beliau hanya memberi gambaran samar bahawa kesan serangan itu "tidak diterima"nya.



Ditanya apakah dasarnya sekarang berhubung soal itu, Encik Trump berkata, adalah tidak wajar untuknya membentangkan rancangan yang mungkin diadakan pentadbirannya.



Perubahan dasar bermakna, Encik Trump mungkin mempertimbangkan tindakan ketenteraan menerusi udara atau serangan peluru berpandu, sepertimana yang dibahaskan presiden terdahulu, Encik Barack Obama, yang kemudiannya ditolak - sebuah pilihan serupa selepas serangan kimia yang dilakukan pemerintah Syria pada 2013.



"Saya tidak nyatakan bahawa saya akan lakukan apa-apa satu cara atau yang lain," katanya, sebagai menjawab soalan seorang wartawan.



"Tetapi yang jelas, saya tentunya tidak akan memberitahu anda, meskipun saya menghormati anda."



Encik Trump semalam mengulangi rasa percayanya bahawa Encik Obama seharusnya dipersalahkan atas serangan kimia ini kerana beliau telah mengisytiharkan bahawa penggunaan senjata kimia oleh Syria "akan melepasi batasan garis merah" tetapi kemudiannya enggan mengambil langkah susulan selepas mengancam mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria.



"Saya fikir pentadbiran Obama punya peluang amat baik untuk menyelesaikan krisis ini," kata Encik Trump.



"Apabila beliau tidak melepasi garis merah, selepas membuat ancaman itu, saya fikir ia meletakkan kita kembali jauh ke belakang. Ia satu ancaman kosong."



Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, duta Amerika, Cik Nikki R. Haley, menggunakan masa berucapnya di sesi kecemasan untuk mempersalahkan Russia kerana menghadang satu respons yang teguh menyusuli serangan senjata kimia itu.



Amerika, Perancis dan Britain telah menuduh pemerintah Syria sebagai bertanggungjawab atas serangan itu dan telah mengkritik hebat Russia - sekutu kuat Russia dalam peperangan enam tahun itu - kerana menolak resolusi mengutuk serangan berkenaan.



Russia telah menyatakan bahawa kumpulan pemberontak mungkin bertanggungjawab atau serangan itu mungkin telah direka untuk memalukan Encik Assad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >