Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Panel kesihatan Jepun luluskan vaksin Moderna, AstraZeneca

May 22, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Pengawal selia Jepun kelmarin mengesyorkan kelulusan vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Moderna dan AstraZeneca, membuka jalan bagi negara itu untuk mempercepat kempen vaksinasinya.



Saranan oleh panel Kementerian Kesihatan itu mendahului persetujuan rasmi oleh pemerintah pada Jumaat, kata Menteri Kesihatan Norihisa Tamura kelmarin.



Encik Tamura menyifatkan kelulusan vaksin baru itu umpama membina laluan landasan tambahan kereta api.



Beliau memberitahu wartawan dengan berkata: "Ini bermakna usaha memberikan vaksin akan menjadi lebih lancar."



Bekalan dos Moderna telah diimport dan dirancang untuk digunakan di pusat vaksin besar-besaran di Tokyo dan Osaka mulai minggu depan.



Takeda Pharmaceutical, pembuat ubat terbesar di Jepun, sedang mengendalikan import sekitar 50 juta dos suntikan Moderna, atau cukup untuk 25 juta orang. Jumlah itu boleh digandakan, kata Encik Takeda bulan ini.



Jepun memulakan kempen inokulasi Covid-19 pada pertengahan Februari menggunakan vaksin Pfizer, yang pertama diluluskan untuk digunakan negara tersebut.



Tetapi di tengah kekurangan bekalan awal dan masalah logistik lain, kempen itu bergerak perlahan.



Jepun telah menginokulasi 3.9 peratus daripada sekitar 125 juta penduduknya setakat ini, kadar paling perlahan dalam kalangan negara lebih besar dan kaya di dunia.



Kerajaan telah mengatur untuk membeli 120 juta dos vaksin AstraZeneca, cukup untuk 60 juta orang.



Sebilangan besar dos akan dibuat di Jepun oleh Daiichi Sankyo, JCR Pharmaceuticals dan rakan setempat yang lain.



Pegawai mempertimbang untuk mengehadkan kumpulan umur yang disyorkan untuk vaksin AstraZeneca disebabkan keprihatinan mengenai kesan pembekuan darah, kata NHK.



Ketua vaksin Jepun Covid-19 sebelum ini telah menyalahkan sistem ketat kelulusan ubat kerana melambatkan kempen inokulasi yang hanya bergantung pada satu vaksin yang diluluskan, sedang gelombang jangkitan keempat menimbulkan kerisauan di tengah persiapan untuk Olimpik Musim Panas.



Menteri bertanggungjawab bagi vaksin, Encik Taro Kono, mengakui bertanggung jawab terhadap kekecewaan masyarakat terhadap sistem pengedaran vaksin, tetapi juga berkata proses kelulusan itu adalah kelemahan dalam keadaan darurat.



"Walaupun kita berada dalam keadaan krisis, kita masih menggunakan aturan yang sama untuk meluluskan vaksin yang kita lakukan pada waktu biasa," kata Encik Kono dalam wawancara televisyen TBS yang disiarkan pada 12 Mei lalu.



"Di tengah-tengah korona ini, pentadbiran perlu berubah," tambahnya.



Kerajaan berhasrat menyuntik sebahagian besar daripada 36 juta rakyatnya yang berusia lebih 65 tahun pada akhir Julai ini.



Sukan Olimpik, ditangguhkan tahun lalu sedang virus itu merebak ke seluruh dunia. Ia dijadual bermula pada 23 Julai. - Reuters.




"Walaupun kita berada dalam keadaan krisis, kita masih menggunakan aturan yang sama untuk meluluskan vaksin yang kita lakukan pada waktu biasa...

Di tengah-tengah korona ini, pentadbiran perlu berubah."

- Menteri bertanggungjawab bagi vaksin di Jepun, Encik Taro Kono.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >