Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pangkalan tentera Amerika di Korea Selatan salah bunyikan amaran kecemasan

Dec 28, 2019 | 03:11 PM



SEOUL: Pangkalan tentera Amerika Syarikat di Korea Selatan tersalah membunyikan siren kecemasan dan menyebabkan kebimbangan buat seketika.



Ini kerana ia terjadi sedang Amerika dan sekutunya sedang mengamati tanda-tanda provokasi dari Korea Utara, yang telah memberikan amaran sebelum ini bahawa ia mungkin menghantar ‘hadiah Krismas’ selepas rundingan nuklear yang tidak berhasil.



Siren di Camp Casey, berdekatan sempadan Korea Utara, dibunyikan atas “kesilapan manusia” sekitar 10 pagi Khamis lalu (26 Disember), menurut Leftenan Kolonel Martyn Crighton, pegawai ehwal awam bagi Divisyen Infantri ke-2.



Pegawai yang membunyikan siren menyedari kesilapannya serta merta dan memaklumkan semua unit di pangkalan tersebut mengenai amaran kecemasan yang tersilap itu, yang tidak menjejas sebarang operasi, menurut kenyataan Leftenan Crighton.



Insiden tersebut berlaku sehari sebelum agensi berita Jepun NHK mencetuskan panik selepas melaporkan bahawa Korea Utara telah melepaskan peluru berpandu ke Jepun dan telah mendarat di laut berdekatan Hokkaido Jumaat lalu.



NHK meminta maaf dan menyatakan bahawa laporan tersebut adalah untuk latihan media sahaja. - AP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >