Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pantai Gaza jadi tumpuan ketika perang dihenti

Nov 28, 2023 | 12:51 PM



GAZA: Kanak-kanak bermain di pantai Gaza ketika keluarga yang kehilangan tempat tinggal meninggalkan tempat perlindungan mereka yang sempit untuk berehat seketika semasa gencatan senjata antara Israel dengan Hamas.


Di sebalik tawa riang kanak-kanak itu, ibu bapa mereka yang dirundung malang tetap tidak dapat melupakan derita yang disebabkan oleh peperangan belum nampak kesudahannya.

Cik Asmaa al Sultan, wanita yang tinggal dalam pelarian dari utara Gaza, duduk di atas pasir sambil memeluk ibunya. Wanita tua itu menangis mengenang nasib yang menimpa.

Lebih 30 ahli keluarga Cik Asmaa berteduh di sebuah sekolah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bandar Deir Al Balah bersama ratusan pelarian yang lain.

“Kami datang ke pantai untuk berehat, melarikan diri daripada perasaan sesak, dari persekitaran menyedihkan dan tercemar yang kami hadapi,” kata beliau.

“Orang ramai datang ke pantai untuk berehat, untuk berenang, untuk anak-anak mereka berseronok, mereka membawa makanan bersama mereka. Tetapi kami sangat tertekan... rasanya mahu menangis.”

Beratus-ratus ribu orang telah meninggalkan rumah mereka di utara Gaza di tengah-tengah pengeboman tentera Israel bagi mencari perlindungan di khemah, sekolah atau rumah kawan dan saudara-mara di bahagian selatan.

Keadaan begitu melelahkan di khemah dan sekolah, dengan kesesakan, kekurangan tandas, bilik mandi dan terpaksa beratur panjang setiap hari untuk dapatkan catuan makanan dan air.

Penduduk juga hidup dalam keresahan akibat kesan psikologi pengeboman dan perpindahan.

Pantai di Deir Al Balah mempunyai deretan pondok nelayan di bahagian belakang, menghala ke dasar cerun yang bertaburan sampah.

Encik Waleed al Sultan, salah seorang kerabat Cik Asmaa, berkata:

“Saya fikir baik saya mencari rezeki dengan menangkap ikan, tetapi pengawal (Israel) menghalang saya dan mula menembak ke arah kami,” katanya.

Perang bermula apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober. Sekitar 1,200 orang terbunuh dan kira-kira 240 dijadikan tebusan.

Pengeboman tanpa henti Israel dan pencerobohan darat ke atas Gaza sejak itu telah membunuh 14,800 rakyat Palestin. – Agensi berita​.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >