Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pantai timur Australia isytihar keadaan kecemasan dek ancaman kebakaran bencana

Nov 11, 2019 | 01:12 PM



SYDNEY - Pihak berkuasa di Queensland dan New South Wales (NSW), Australia hari (11 November) ini mengisytiharkan wilayah timur negara itu dalam keadaan kecemasan dan bersedia untuk menghadapi  kebakaran tahap bencana.



Kebakaran di utara NSW dan Queensland telah mengorbankan tiga orang hujung minggu lalu dan merosakkan lebih 150 rumah.



Walaupun kota Sydney yang mempunyai paling ramai penduduk di Australia mungkin dapat mengelak keadaan yang lebih teruk, suhu  yang dijangka mencecah lebih 34 darjah Celcius, beserta angin kering yang kencang boleh memburukkan keadaan.



Pihak berkuasa meramalkan cuaca kawasan Sydney akan capai ke tahap bahang ‘api sebahaya bencana’ pada hari Selasa. Ini pertama kali kota itu diramalkan tahap sebegitu semenjak kadar api bahaya diperkenalkan pada 2009.



“Esok adalah tentang melindungi kehidupan, melindungi hartanah dan memastikan semua orang selamat,” kata Perdana Menteri (Premier) NSW, Cik Gladys Berejiklian kepada wartawan di Sydney. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >