Papua dicemari ketegangan terbaru
Lebih 1,000 pegawai keselamatan Indonesia dihantar untuk kawal suasana selepas rusuhan ganas
Aug 22, 2019 | 05:30 AM
JAKARTA: Wilayah Papua dicemari ketegangan terbaru serentak dengan penghantaran lebih daripada 1,000 pegawai keselamatan bagi mengawal suasana selepas rusuhan ganas yang menyaksikan bangunan dibakar manakala penunjuk perasaan bertempur di jalanan.
Jakarta turut menyuarakan permintaan agar wilayah jajahan yang sekian lama diselubungi pemberontakan terhadap pemerintahan Indonesia sejak berdekad lalu itu kembali tenang, susulan keganasan berikutan penahanan sejumlah penuntut Papua minggu lalu.