Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Para pesawah batal bantahan di lapangan terbang Bangkok

Feb 22, 2014 | 01:46 PM

BANGKOK: Para pesawah Thailand hari ini membatalkan rancangan untuk mengadakan bantahan di lapangan terbang utama Bangkok dengan menaiki traktor masing-masing, selepas kerajaan memberi jaminan mereka akan dibayar minggu depan.

Mantan Anggota Parlimen, Encik Chada Thaiseth, yang bercakap bagi pihak pesawah berkata:

"Kerajaan akan membuat pembayaran minggu depan. Sekarang, para pesawah akan berpatah balik dan menunggu sama ada kerajaan akan membuat pembayaran seperti yang telah dijanjikan. Jika ia tidak ditunaikan, kita akan kembali."

Menurutnya, pembayaran itu akan dibuat melalui sebuah bank milik kerajaan.

Awal dari itu, sehingga 3,000 pesawah yang menaiki sekitar 800 traktor telah berkumpul di wilayah Ayutthaya dan mengancam untuk mengadakan bantahan simbolik di Lapangan Terbang Suvarnabhumi. - Reuters.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3