Paras air di empangan di Johor Bahru jatuh ke bawah paras genting, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Paras air di empangan di Johor Bahru jatuh ke bawah paras genting

May 05, 2016 | 10:31 AM

JOHOR BAHRU: Paras air di empangan Sungai Layang di sini telah berkurangan ke tahap kritikal.

Empangan itu dapat membekalkan air selama tiga minggu lagi sahaja jika cuaca semasa berterusan, lapor akhbar The Star pada Rabu (4 Mei).

Ia menambah bahawa pihak berkuasa Malaysia belum memulakan sembarang catuan air atau pemotongan air bagi kira-kira 500,000 penduduk Pasir Gudang dan Johor Bahru yang dibekalkan air dari empangan itu.

Ia antara daripada beberapa empangan di Malaysia yang paras airnya telah banyak berkurang, membawa kepada catuan air di beberapa kawasan.

Empangan lain yang terjejas termasuk Timah Tasoh di Perlis, yang paras airnya hanya 13.2 peratus minggu lepas, Bukit Merah di Perak (13.7 peratus), dan Gemencheh di Negeri Sembilan (19.97 peratus).

Discover Malay Home Based Businesses

Tiga empangan lain di Johor yang terjejas teruk ialah Sungai Lebam (26.5 peratus), Congok (32.28 peratus) dan Labong (10 peratus).

Ada kemungkinan tinggi pemotongan air berjadual dilaksana jika keadaan tidak bertambah baik, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) Malaysia, Datuk Mohd Ridhuan Ismail.

Paras air di Sungai Layang kini 19.58m, jauh di bawah paras kritikal 23.5m, ujar beliau kepada pemberita selepas melawat loji rakwatan air Sungai Layang,

Datuk Mohd Ridhuan berkata catuan air berjadual di Mersing dan Kota Tinggi mungkin dilanjutkan selepas 15 Mei kerana musim kemarau di kawasan itu dijangka berterusan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map