Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TAUFAN FLORENCE LANDA AMERIKA

Paras hujan 'luar biasa sekali', sekurang-kurangnya 12 terkorban

Sep 17, 2018 | 05:30 AM



WILSON (CAROLINA UTARA, AMERIKA SYARIKAT): Ribut Tropika Florence menyebabkan jumlah hujan yang dianggap 'luar biasa sekali' di kededua wilayah Carolina Utara dan Selatan kelmarin yang turut meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa.



Selain mencetuskan gangguan bekalan elektrik, pihak berkuasa setempat turut melaporkan paras banjir yang semakin meningkat.



Seorang wanita dan anak kecilnya maut dihempap pokok yang tumbang menimpa rumah mereka di wilayah New Hanover di sini.



Angka kematian itu dilaporkan ketika Taufan Florence membadai timur negeri di Amerika Syarikat dengan Carolina Utara menjadi 'sasaran' utamanya.



Gabenor Carolina Utara Roy Cooper berkata seorang lagi maut di daerah Lenoir semasa cuba memasang enjin generator.



Di daerah sama, seorang lelaki maut apabila gagal menyelamatkan diri ketika ditiup angin kuat semasa keluar memeriksa anjingnya.



Namun kekuatan Taufan Florence semakin menyusut sejak ia membadai pantai sepanjang pertengahan Atlantik Amerika kelmarin ketika masih dengan kekuatan taufan.



Ia semakin perlahan di kedua-dua wilayah, menuju ke barat dan menyebabkan sebahagian besar kawasan di wilayah itu ditenggelami air beberapa hari lagi.



"Ia menurunkan jumlah hujan yang luar biasa sekali... di beberapa tempat paras hujan diukur dengan meter, bukan sentimeter," kata Encik Cooper dalam taklimat akhbar.



Negeri itu sudah pun mencatatkan rekod paras hujan, dengan keadaan itu dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi.



Paras air sungai turut mendadak, katanya.



"Ini adalah taufan disusuli dengan banjir," kata pula Gabenor Carolina Selatan Henry McMaster.



Dengan paras banjir meningkat mendadak di kebanyakan komuniti, penduduk yang terperangkap diselamatkan dengan menggunakan bot dan helikopter, manakala puluhan ribu lain sempat dipindahkan ke pusat perlindungan.



Banyak jalan raya ditutup dan pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko tanah runtuh, puting beliung dan banjir kilat, dengan empangan dan jambatan dalam bahaya apabila paras air sungai terus meningkat. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >