Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen China sebulat suara pilih semula Xi Jinping sebagai presiden

Mar 17, 2018 | 02:41 PM



BEIJING - Presiden China Xi Jinping dipilih bagi penggal kedua dengan mendapat undi 100 peratus pada Sabtu (17 Mac), beberapa hari selepas had penggal khidmat presiden dibatalkan membolehkannya berkhidmat tanpa batas waktu.



Undian 100 peratus Encik Xi sama dengan undi 100 peratus yang dimenangi Encik Wang Yang pada Rabu ketika beliau dipilih sebagai pengerusi badan penasihat politik tertinggi, Persidangan Perundingan Politik Rakyat China.



Jika undi itu tidak sampai 100 peratus, ia menunjukkan "terdapat beberapa orang yang berani", kata Profesor Steve Tsang daripada Pengajian Oriental dan Afrika di London.



Encik Xi, 64 tahun, telah mengukuhkan kekuasaannya sejak lima tahun lalu. Pada akhir 2016, beliau dilihat sebagai pemimpin "teras" Parti Komunis China (CCP).



Pada kongres kebangsaan setiap lima tahun pada Oktober lalu, pemikiran politiknya - Pemikiran Xi Jinping mengenai Sosialisme dengan Ciri-ciri Cina untuk Era Baru - telah ditulis dalam perlembagaan parti. Sebelum ini, hanya pemikiran politik Mao Zedong ditulis dalam piagam parti semasa beliau masih berkhidmat.



Pemikiran politik itu juga ditulis dalam Perlembagaan negara pada Ahad lalu.



Encik Xi telah memilih Encik Wang Qishan sebagai naib presidennya. Encik Wang dijangka mengendalikan dasar luar negara China, khususnya hubungannya dengan Amerika Syarikat.



Encik Xi kini memegang kuasa sebagai setiausaha agung CCP, presiden dan pengerusi parti.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >