Parlimen Filipina isytihar Duterte sebagai presiden
Mantan mayor Davao tidak hadir dalam acara pengisytiharan
May 31, 2016 | 05:30 AM
MANILA: Parlimen Filipina semalam mengisytiharkan Encik Rodrigo Duterte sebagai presiden negara itu yang seterusnya menyusuli kemenangan beliau dalam pilihan raya bulan ini, namun Encik Duterte tidak menghadiri acara profil tinggi itu.
Satu sesi bersama Dewan Perwakilan dan Dewan Senat di Manila menyokong kiraan undi rasmi, yang menyaksikan kemenangan Encik Duterte menerusi lebih enam juta undian.