Subuh
5:30
Syuruk
6:53
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10

Parlimen Indonesia dijangka luluskan perjanjian Asean tentang jerebu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Parlimen Indonesia dijangka luluskan perjanjian Asean tentang jerebu

Mar 03, 2014 | 05:16 PM

SELEPAS sedekad menangguhkannya, Parlimen Indonesia dijangka bersedia meluluskan Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan, sedang tahap pencemaran di beberapa kawasan di Riau kekal bahaya buat dua bulan berturut-turut dan kini merebak ke kebanyakan daerah di Sumatra.

Sebuah jawatankuasa Parlimen merangkumi Anggota-Anggota Parlimen (AP) yang mewakili lapan daripada sembilan parti telah menemui Menteri Sekitaran, Encik Balthasar Kambuaya, dan para pegawai kanan hari ini.

Enam daripada parti-parti itu, yang kesemuanya mempunyai 363 AP, menyokong kelulusan tersebut.

Parlimen Indonesia mempunyai 560 AP.

Langkah selanjutnya melibatkan rang undang-undang yang akan diperkenalkan untuk meluluskannya secara rasmi.

Ini bakal berlaku selepas pilihan raya 9 April kerana tempoh Parlimen yang ada sekarang berjalan sehingga Oktober.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3