KUALA LUMPUR: Pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijadualkan pada 29 Mac ini diawalkan, sekali gus memungkinkan Parlimen dibubarkan akhir Mac atau awal April bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.
Sumber berkata Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat seawal 19 Mac atau selewat-lewatnya pada 26 Mac.