Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parlimen M'sia sidang lima hari mulai 26 Julai

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari, dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos, bagi Dewan Rakyat.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataannya berkata Dewan Negara pula akan bersidang selama tiga hari dari 3 hingga 5 Ogos.



Ia mengatakan sidang itu bertujuan memberi penerangan kepada semua Ahli Parlimen berkenaan Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen diadakan secara hibrid.



"Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.



"Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).



"Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini," katanya.



Sebelum ini, Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah, menyampaikan hasratnya agar Parlimen bersidang sebelum 1 Ogos semasa mengadakan perjumpaan dengan Speaker kedua-dua dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.



Itu kali kedua beliau menggesa agar Parlimen bersidang segera.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin sebelumnya mengatakan bahawa Parlimen akan bersidang paling awal pada September, apabila pandemik Covid-19 reda.



Bagaimanapun, beliau menghadapi tekanan semakin tinggi agar mengadakan sidang Parlimen bagi mematuhi komen Sultan Abdullah.



Walaupun Parlimen seharusnya bersidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhirnya pada Disember lalu, peruntukan perlembagaan ini ditangguh dalam keadaan darurat sekarang, yang diumumkan oleh Sultan Abdullah pada 11 Januari.



Beliau memperkenan permintaan Tan Sri Muhyiddin untuk melaksana keadaan darurat untuk membantu Malaysia membendung pandemik Covid-19 yang semakin teruk.



Namun, krisis keihatan itu semakin teruk semasa darurat.



Malaysia berada dalam keadaan perintah kawalan pergerakan penuh sejak 1 Jun, dengan Jun menyaksikan korban Covid-19 paling tinggi sejak pandemik itu bermula di negara ini tahun lalu.



Semalam, PMO mengatakan bahawa peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan akan terpakai untuk sidang ini, lapor portal berita Malaysiakin, semalam.



Keputusan itu bertepatan dengan berakhirnya 14 hari yang diberikan oleh Umno untuk kerajaan mengadakan sidang Parlimen.



Difahamkan bahawa jawatankuasa untuk mengkaji dan mengusulkan sistem parlimen "hibrid" - iaitu ahli Parlimen dapat menghadiri secara langsung dan dalam talian - akan bertemu hari ini.



Berdasarkan kenyataan PMO itu, ahli parlimen perlu berdebat dan mengundi mengenai perkara berikut dalam lima hari:



  • Pengisytiharan Darurat

  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) 2021

  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021

  • Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan Dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021

  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (No. 2) 2021

  • Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (Pindaan) 2021

  • Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021

  • Ordinan Darurat (Tabung Amanah Negara) (Pindaan) 2021

Berdasarkan Artikel 150 (3) Perlembagaan Persekutuan, proklamasi atau ketetapan dapat dibatalkan sekiranya Parlimen meluluskannya.



Jika ketetapan tersebut tidak dibatalkan, ordinan tetap berkuat kuasa selama enam bulan dari tarikh berakhirnya darurat, sebagaimana diatur dalam Pasal 150 (7) Perlembagaan Persekutuan.



Lebih penting lagi, persidangan Dewan Rakyat yang akan datang juga akan menguji apakah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang masih dirawat di hospital - mendapat sokongan majoriti di dewan itu. - BHM, Malaysiakini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >