Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Parlimen Thai dijadual undi pilih hala tuju perlembagaan

Nov 19, 2020 | 5:30 AM
BERTEMBUNG POLIS: Para penyokong sistem beraja berdepan dengan pasukan polis semasa bantahan prodemokrasi dekat Parlimen Thailand kelmarin. - Foto AFP.
BERTEMBUNG POLIS: Para penyokong sistem beraja berdepan dengan pasukan polis semasa bantahan prodemokrasi dekat Parlimen Thailand kelmarin. - Foto AFP. -

BANGKOK: Parlimen Thailand dijadual mengundi semalam untuk memilih hala tuju bagi langkah meminda Perlembagaan, sehari selepas tunjuk perasaan antikerajaan yang paling ganas dalam beberapa tahun menyebabkan lebih 50 orang cedera.

Anggota Parlimen (AP) akan mengundi cara meminda Perlembagaan itu, salah satu tuntutan utama kumpulan prodemokrasi, yang juga menuntut reformasi sistem diraja dan peletakan jawatan Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha.

Kelmarin, satu bantahan berdekatan Parlimen berubah menjadi ganas setelah polis melepaskan meriam air deras untuk menyuraikan orang ramai, dengan sebilangan penyokong prokerajaan pula bergaduh dengan penunjuk perasaan.

Kumpulan bantahan pimpinan golongan muda telah meminta diadakan satu lagi bantahan semalam di Bangkok untuk memberi tekanan kepada AP agar menimbangkan permintaan mereka supaya dipinda semula Perlembagaan. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg