Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

POLITIK MALAYSIA

Parti baru, Muda, sahkan penyertaan dalam Pilihan Raya Johor

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan mereka akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menerusi satu hantaran video di laman sosial, semalam.



Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata keputusan itu menyaksikan PRN Johor sebagai langkah pertama parti berkenaan terlibat secara rasmi dalam politik tanah air.



"Muda secara rasminya akan bertanding dalam PRN Johor 2022. Johor adalah permulaan bagi Muda, Muda adalah perubahan bagi Johor.



"Jadi marilah kita bangunkan Johor yang bersatu dan sejahtera bersama-sama, Mari bersama Muda," katanya dalam video yang dikongsikan di Facebook rasmi miliknya.



Muda dilaporkan telah berdaftar sebagai sebuah parti politik secara rasminya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember tahun lalu, lapor Utusan Online semalam.



Sebelum ini, media turut melaporkan Ahli Parlimen Muar itu dijangka akan turut bertanding dalam PRN Johor dengan parti itu bersedia meletakkan calon di kesemua 56 kerusi DUN.



Pengerusi Muda Johor, Encik Mohd Azrol Ab Rahani, dilaporkan berkata Syed Saddiq mungkin bertanding pada PRN Johor selain mempunyai kelebihan kerana berasal dari negeri itu.



Sementara itu, dalam satu perkembangan lain, Timbalan Pengerusi PKR Johor, Encik Jimmy Puah Wee Tse, dilaporkan memberitahu Pakatan Harapan (PH) Johor bakal bertemu dengan Muda untuk membincangkan kerjasama politik antara mereka.



Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya akan bermesyuarat berkenaan PRN Johor pada 9 Februari bagi membincangkan tarikh-tarikh penting berkenaan pilihan raya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >