Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti haluan kanan Perancis pula mahu pungutan suara 'Frexit', keluar EU

Jun 24, 2016 | 03:33 PM



PARIS: Parti haluan kanan Perancis, Barisan Kebangsaan (NF), menggesa diadakan pungutan suara berhubung keanggotaan negara itu dalam Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat (24 Jun), sambil menyambut baik keputusan pungutan suara Brexit rakyat Britain.



"Kemenangan untuk kebebasan!" kata ketua FN, Cik Marine Le Pen, yang mempamerkan bendera British di laman Twitter beliau. "Kita kini perlu mengadakan pungutan suara sama di Perancis dan negara EU (lain)."



Timbalannya, Encik Florian Philippot, berkata sekarang giliran Perancis untuk mengundi meninggalkan EU. "The kebebasan rakyat sentiasa menang akhirnya! Syabas kepada United Kingdom," katanya di Twitter.



FN, yang antipendatang dan antieuro satu-satunya parti politik utama Perancis yang menyuruh rakyat Britain mengundi keluar daripada EU.



Parti pembangkang itu menunjukkan prestasi semakin baik dalam pilihan raya demi pilihan raya, tetapi menguasai kurang daripada 12 kawasan perbandaran kecil dan sederhana.



Cik Le Pen berkata bulan lepas jika beliau memenangi pilihan raya presiden Perancis tahun depan, beliau akan segera memulakan rundingan dengan Brussels mengenai beberapa isu kedaulatan, termasuk mata wang tunggal.



Jika rundingan itu gagal, beliau akan meminta pengundi menyokong Perancis keluar daripada EU dalam satu pungutan suara, katanya.



Cik Le Pen pendahulu dalam kalangan calon yang mungkin bertandingan dalam pilihi raya presidan pada 2017. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >