Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Parti pro-Putin dijangka menang dalam pilihan raya parlimen

Sep 20, 2021 | 05:30 AM



MOSCOW: Penduduk Russia keluar mengundi semalam dalam proses terakhir pemilihan parlimen tiga hari yang dijangka dimenangi oleh parti pemerintah.



Ini berlaku setelah tindakan keras yang berjaya menghancurkan pergerakan pengkritik Kremlin, Alexei Navalny, dan melarang lawan daripada mengundi.



Kemenangan yang diharapkan oleh parti pemerintah Russia Bersatu akan digunakan oleh Kremlin sebagai bukti sokongan kepada Presiden Vladimir Putin walaupun telah bertahun-tahun negara itu mengalami keruntuhan taraf hidup.



Parti yang menyokong pemimpin berusia 68 tahun itu, menghadapi kemerosotan penilaian, kata pengundi negara, tetapi tetap lebih popular daripada saingan terdekatnya dalam pemilihan - Parti Komunis dan parti nasionalis LDPR - yang sering menyokong Kremlin.



Russia Bersatu memegang hampir tiga perempat daripada 450 kerusi negeri Duma.



Penguasaan itu pada tahun lalu membantu Kremlin menggubal reformasi perlembagaan yang membolehkan Presiden Putin mencalonkan dua penggal lagi sebagai presiden selepas 2024, berpotensi terus berkuasa sehingga 2036.



Sekutu Encik Navalny dilarang bertanding setelah pergerakannya dilarang pada Jun lalu kerana dianggap sebagai kumpulan pelampau.



Tokoh pembangkang lain mendakwa mereka disasarkan dengan kempen tipu muslihat kotor atau tidak dibenarkan bertanding.



Seorang usahawan Komunis yang juga pengeluar tanaman strawberi, berkata beliau dilarang secara tidak adil, sementara seorang ahli politik pembangkang liberal di St Petersburg mengatakan dua calon "perosak" mempunyai nama yang sama dengan calon yang menentangnya untuk mengelirukan para pengundi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >