Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS dan parti Bersatu akan bincang pembahagian kerusi pilihan raya

Mar 09, 2017 | 09:21 AM



PETALING JAYA - Parti Islam Se-Malaysia (PAS) telah mengundang Parti Pribumi Bersatu Malaysia, parti pembangkang yang ditubuhkan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya umum akan datang, kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.



Beliau berkata ia adalah hasil pertemuan antara Timbalan Presiden Bersatu itu Mukhriz Mahathir dan rakan sejawatannya daripada PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.



"Kami telah menerima berita bahawa PAS mempelawa kami membincangkan bagaimana membahagikan kerusi," kata Muhyiddin, mantan Timbalan Perdana Menteri, dalam sidang akhbar pada Rabu (8 Mac).



Beliau berkata, mereka akan memulakan perbincangan mengenai perkara itu tidak lama.



Pilihan raya umum dijangka diadakan tahun ini, walaupun ia boleh diadakan sehingga Ogos tahun depan.



Cakap-cakap tentang potensi pakatan antara Bersatu, parti politik baru yang ditubuhkan bekas ahli Umno yang tidak puas hati yang diketuai Mahathir, dan PAS telah menarik tajuk berita utama.



Pakatan Bersatu-PAS boleh menjadi penting kerana ketegangan hubungan PAS dengan sekutu politik lain dalam gerakan pembangkang dan permainan hubungan Umno.



Muhyiddin berkata pada Rabu sama ada hubungan Bersatu dengan PAS akan terjejas ekoran hubungan kurang baik antara PAS dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan ditangani kemudian.



"Matlamat kami ialah mencapai kata sepakat antara Bersatu dan PAS.



"Selepas itu, kami akan meninjau isu-isu dan lihat jika kami boleh mencari jalan tengah," kata Muhyiddin.



Mengenai kemungkinan PAS dan Parti Amanah Negara bersaing bagi kerusi yang sama, Muhyiddin berkata ini bukan satu isu terhad kepada dua pihak tetapi juga Pakatan Harapan, pakatan pembangkang yang lebih mantap.



Maka itu perbincangan penting dan berharap parti-parti berkenaan fokus pada gambar yang lebih besar, tambah beliau. - THE STAR / ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >