PETALING JAYA: Larangan meninggalkan negara yang dikenakan terhadap dua pemimpin pembangkang, termasuk wakil rakyat Parti Tindakan Demokratik (DAP), adalah tindakan terdesak dan bermotifkan politik, kata Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurut beliau, kerajaan bertindak "membuli" pembangkang apabila mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat pendedahan berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).