Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PAS mungkin disingkir daripada kerajaan Selangor

May 19, 2016 | 02:17 PM



PETALING JAYA: Gabungan pembangkang Pakatan Harapan di Selangor dalam bahaya terbubar kurang sebulan sebelum satu pilihan raya kecil, sekali gus meningkatkan keraguan mengenai perpaduan pembangkang Malaysia.



Ini setelah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), mengeluarkan kata dua pada Rabu (18 Mei) kepada tiga ahli exco kerajaan negeri itu daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS) supaya meletak jawatan sebelum Isnin jika parti mereka berkeras akan bertanding dalam salah satu daripada dua pilihan raya kecil, lapor akhbar The Star pada Khamis.



Beliau mahu PKR bertanding di kerusi itu dan bukannya PAS, yang telah retak hubungannya dengan PKR dan satu lagi rakan pembangkang, Parti Tindakan Demokratik (DAP), serta Parti Amanah Nasional, sebuah parti serpihan PAS, kata laporan itu.



Dua kawasan undi - Sungai Besar dan Kuala Kangsar - akan memilih Anggota Parlimen baru pada 10 Jun selepas penyandang asal, daripada Umno, terbunuh dalam satu nahas helikopter ketika berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak awal bulan ini.



Datuk Seri Azmin memberitahu ahli exco PAS bahawa PKR mempunyai peluang lebih baik dalam menentang Umno di Sungai Besar, lapor The Star.



Beliau berkata, PKR dapat memenangi undi Melayu dan Cina manakala PAS dan Amanah akan membatalkan satu sama lain dan memberi kemenangan mudah kepada Umno.



Bagaimanapun, sumber PAS Selangor memberitahu The Star parti itu telah memutuskan akan meneruskan rancangan bertanding, selepas mesyuarat lewat malam di rumah presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, di Rusila, Terengganu.



Tiga ahli exco Selangor dan beberapa pemimpin PAS negeri diterbangkan ke Terengganu pada Rabu bagi mesyuarat tergempar itu.



Datuk Seri Hadi mengarahkan ketiga-tiga ahli exco itu supaya jangan meletak jawatan. Beliau berkata PAS sedia dipecat daripada kerajaan negeri Selangor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >