Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

PAS pilih Bersatu pada pilihan raya negeri Melaka

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

PAS pilih Bersatu pada pilihan raya negeri Melaka

Nov 04, 2021 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengumumkan bahawa parti itu akan berganding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diketuai oleh mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bawah payung Perikatan Nasional (PN) dan bukannya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) dalam pilihan raya negeri Melaka akan datang.

Lambang Perikatan Nasional (PN) menjadi pilihan PAS untuk digunakan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan lewat malam kelmarin.

Keputusan dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti itu yang bersidang, selaras dengan pandangan Majlis Syura Ulama PAS - badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Ini sekali gus mengenepikan permintaan Umno yang meletak syarat supaya menggunakan lambang sendiri dalam PRN nanti.

Khamis lalu, mesyuarat MT Umno yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi menghulurkan kerjasama kepada PAS, tetapi dengan mengenakan syarat parti itu tidak boleh menggunakan lambang PN sebaliknya mesti menggunakan logo PAS.

PAS sebelum ini menjalin hubungan kerjasama dengan Umno menerusi persefahaman dalam Muafakat Nasional tetapi ianya bukan gabungan sebuah parti politik berdaftar.

PAS antara pengasas yang menubuhkan PN bersama Bersatu dan Gerakan.

Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan kerjasama PAS dengan Umno di bawah gabungan Muafakat Nasional.

Kerjasama dua parti Melayu terbesar negara mula dibincangkan selepas pasca pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018, selepas Umno yang mengetuai gabungan Barisan Nasional (BN), hilang kuasa buat pertama kali dalam sejarah setelah memegang kuasa sejak Malaysia memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957.

Spekulasi mengenai masa depan Muafakat Nasional tercetus apabila Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid pada 13 Oktober lalu memberi bayangan kerjasama dalam gabungan itu mungkin tidak akan dapat diteruskan pada PRN Melaka, atas alasan Muafakat Nasional tidak pernah didaftarkan secara rasmi.

Sebelum itu, Umno pada perhimpunan agung tahunannya pada Mac lalu telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Pada 22 Oktober, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan yang PN akan bertanding di semua 28 kerusi semasa PRN Melaka, sekali gus memberi petanda pertembungan tiga penjuru di antara PN-BN-Pakatan dalam PRN Melaka tidak dapat dielakkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal 16 November.

PRN Melaka diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli DUN (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Naib Presiden Bersatu, Encik Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata:

"Keputusan PAS membuktikan keyakinan parti itu terhadap wadah perjuangan Perikatan Nasional yang merupakan satu tawaran baharu kepada rakyat pelbagai kaum dalam memberikan perkhidmatan terbaik."

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata tindakan Pas menggunakan lambang PN tidak menjejaskan hubungan parti itu dengan Umno di bawah Muafakat Nasional.

Penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Tunku Mohar Mohkhtar, berkata PAS tidak mempunyai pengaruh yang besar di Melaka.

"PN cuba menunjukkan mereka mampu bersama untuk bertanding dalam pilihan raya, namun Bersatu, PAS dan Gerakan (bekas ahli gabungan BN) tidak mempunyai pengaruh yang kuat di Melaka, jadi kita akan melihat jika mereka mampu memenangi sebarang kerusi di Melaka," ujarnya.

Mengenai impak terhadap PAS di peringkat nasional susulan keputusan memilih PN, Tunku Mohar berkata ujian sebenar populariti PAS adalah pada pilihan raya umum akan datang.

Mengenai peluang Pakatan dalam PRN Melaka, Tunku Mohar berpandangan gabungan pembangkang itu mempunyai kelebihan berbanding PN namun Umno mungkin mempunyai peluang yang lebih besar untuk menang.

"Melaka hanya mempunyai empat kerusi majoriti pengundi Cina dan satu kerusi bercampur etnik namun PRN Melaka adalah pertandingan untuk menguasai kerusi-kerusi majoriti Melayu.

"Keadaan kali ini berbeza dengan pilihan raya umum ke-14 di mana Najib Razak (mantan perdana menteri) dan 1MDB adalah isu utama manakala Pakatan pula kelihatan tidak begitu kuat, jadi saya fikir Umno mungkin akan menang, namun boleh jadi telahan saya salah," ujarnya. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3