PAS 'sudah sedia hadapi pilihan raya'

ALOR SETAR: Parti Islam SeMalaysia ( PAS) sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dijangka diadakan tahun ini berdasarkan kepada persiapan ketara semua parti yang bertanding, kata Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Paling awal kita (PAS) jangkakan PRU akan diadakan pada September ini dan jika tidak, ia akan diadakan sama ada awal tahun depan atau selewat-lewatnya pada Jun," katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS ke-63 di Kompleks PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, semalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan