Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

PAS tidak setuju adakan pilihan raya umum segera

Jan 09, 2021 | 05:30 AM



MARANG: PAS tidak bersetuju dengan desakan Umno untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) segera berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam negara di samping banjir yang makin memburuk.



Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelaksanaan PRU-15 ketika negara masih bergelut dengan pandemik dan bencana bah hanya menambah bebanan rakyat.



"Biar selesai Covid-19 dan banjir dahulu. Takkan tengah banjir dan Covid-19 merebak hendak buat pilihan raya.



"Kita kena berbincang dengan pihak berkenaan termasuk dengan Kementerian Kesihatan terutama dalam suasana cuaca banjir yang tidak menentu kerana kita tidak mahu membebankan rakyat," katanya selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila semalam.



Kelmarin, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno menggesa agar PRU15 diadakan sebelum suku pertama tahun ini berakhir bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, namun tertakluk kepada keadaan Covid-19.



Mesyuarat MKT Umno yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memutuskan untuk membawa usul masalah hubungan tegang parti itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perhimpunan Agung Umno, yang dijadual 31 Januari ini.



Dalam perkembangan sama, Datuk Abdul Hadi mengulangi pendirian PAS untuk terus memperkukuh gabungan Perikatan Nasional (PN) di samping mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin dipertahan sebagai Perdana Menteri.



"Kita telah membina PN terus mengukuhkan gabungan itu, bukan untuk merobohkannya," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Online.



PAS akan terus berusaha agar sekutunya, Umno dapat menerima hakikat betapa perlunya mereka terus kekal dalam satu gabungan.



Pemimpin veteran PAS, Dr Mahfodz Mohammed berkata suka atau tidak, ketiga-tiga parti Melayu-Islam di negara ini perlu kekal bersama bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.



"Kita masih dalam Muafakat Nasional (MN). Jadi, kita akan teruskan dakwah kita supaya Umno menerima hakikat yang suka tak suka, kena terima Bersatu.



"Kalau tidak akan lebih besar kerugiannya. Dengan Bersatu memanglah ada kerugian tapi bila ketiga-tiga parti ini tak bersatu kita lebih rugi, sekali gus tidak akan dapat memerintah Malaysia," kata Dr Mahfodz ketika diminta mengulas pendirian PAS apabila rakan sekutunya Umno mahu memutuskan hubungannya dengan Bersatu.



Dr Mahfodz berkata PAS konsisten dengan pendirian untuk terus kekal bersama kerajaan PN dan memperkukuhkan MN.



PAS dijangka membincangkan perkara itu dalam mesyuarat pusatnya hari ini.



Sebelum ini Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Bersatu enggan mengulas lanjut berkenaan hubungan dengan Umno.



Beliau yang tampil di hadapan media kira-kira 11.55 lewat malam kelmarin berkata satu kenyataan akan dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.



"Setiausaha Agung akan keluarkan kenyataan. Kita bincangkan banyak perkara," katanya sambil berlalu pergi meninggalkan ibu pejabat Bersatu di Yayasan Selangor, di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT).



Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata partinya membuat keputusan untuk membawa usul-usul seperti hubungan dengan PAS, memutuskan hubungan dengan Bersatu dan menggesa supaya (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 ke Perhimpunan Agung yang akan berlangsung pada 31 Januari ini.



Ketegangan antara Umno dan Bersatu dapat dilihat sepanjang tahun lalu, antaranya menerusi penyingkiran Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri Besar Perak dan desakan Umno berkaitan pengeluaran Kumpulang Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam Belanjawan 2021.



Terbaru, Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa Bersatu "mencuri dan membeli" ahli parti itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >