PETALING JAYA: Krisis politik di Selangor semakin teruk dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengugut akan menarik diri daripada kerajaan negeri jika Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali memaksa tiga ahli exco parti itu meletak jawatan.
Kepimpinan PAS Selangor memutuskan bahawa kesemua 13 wakil rakyatnya akan melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri jika menteri besar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerima tekanan daripada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan agar meminggirkan PAS.