Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Pasangan culik bayi dari hospital Kelantan dek murung anak sendiri meninggal

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pasangan culik bayi dari hospital Kelantan dek murung anak sendiri meninggal

Nov 17, 2016 | 10:32 AM

TANAH MERAH: Sepasang suami isteri ditangkap kerana menculik seorang bayi prempuan berumur lima hari dari wad pediatrik sebuah hospital daerah di Tanah Merah, Kelantan.

Wanita itu dipercayai mengalami kemurungan lepas bersalin setelah anak mereka meninggal dunia Jun lalu, dan dalam keadaan terdesak mereka menculik bayi tersebut pada Isnin (14 Nov).

Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, suami wanita itu, seorang mekanik berusia 26 tahun, berpura-pura menjadi bapa bayi berkenaan untuk menipu semua orang di wad dan melalui prosedur biasa bagi mengeluarkannya.

Beberapa hari sebelum penculikan itu, isterinya melepak di wad memakai pakaian bersalin dan berlagak seolah-olah baru melahirkan anak.

Pasangan itu juga memberitahu jururawat bayi tersebut anak mereka dan mahu menamakannya Nur Amyra Sofea Mohd Ihtisyamuddin.

Mereka membayar RM20.50 ($ 6.66) untuk membawa bayi itu keluar hospital.

Ketua Polis Daerah, Timbalan Superintenden (DSP) Suzaimi Mohamad, berkata kakitangan hospital hanya menyedari bayi itu diculik selepas bapanya, Encik Mohd Ihtisyamuddin Mohd Ashri, 29 tahun, tiba di wad pada 9 pagi untuk melawat anaknya, yang dilahirkan pada 10 Nov.

Ahli perniagaan itu terkejut apabila isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26 tahun, sedang menangis dan memberitahunya bayi mereka hilang.

Polis diberitahu pada 9 malam dan membentuk sebuah unit khas untuk memburu suspek. Pasangan penculik itu dijejak beberapa jam kemudian dan dibawa ke balai polis.

"Kami membawa doktor dan jururawat dari hospital untuk mengenal pasti bayi itu, dan mereka mengesahkan bayi itu antara yang dilahirkan lima hari lalu," kata DSP Suzaimi kepada pemberita di Tanah Merah pada Selasa (15 Nov).

Pasangan itu ditahan reman empat hari kerana menculik. - The Star/Asia News Network

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3