Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PANDEMIK COVID-19 DI SERATA DUNIA

Pasar, pusat beli-belah India kembali sesak; doktor beri amaran

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



NEW DELHI: Beberapa minggu lalu, tempat membakar mayat di New Delhi beroperasi 24 jam bagi mengendalikan mangsa Covid-19 yang terkorban.



Kini, pusat beli-belah dan pasar di ibu kota India itu kembali dibanjiri pengunjung, lapor agensi berita AFP.



Para doktor negara ini begitu bimbang apabila penduduk mula mengambil mudah keadaan pandemik ini seperti pada Januari dan Februari lalu apabila kes koronavirus bertambah sehingga nyaris-nyaris meruntuhkan sistem jagaan kesihatan di negara itu.



Sambil mengepit beg berisi pakaian di pusat beli-belah Delhi, Select City Walk, yang sibuk sekali, Cik Surili Gupta, yang ditemani suami yang baru dikahwininya, berkata beliau bosan berkurung di rumah.



"Saya perlu keluar dan bebaskan diri daripada belenggu terkurung di rumah. Berapa lama anda boleh tahan dengan keadaan sebegini?" tanya eksekutif jualan berusia 26 tahun itu sedang beliau menanti untuk duduk di pusat makanan yang sesak di pusat beli-belah itu.



Beliau menambah, koronavirus adalah sesuatu gejala yang tidak akan pergi secepatnya.



"Justeru, kita harus belajar teruskan kehidupan dengan virus ini. Saya yakin dengan vaksinasi dan pelbagai langkah lain, kita mampu mengharunginya," katanya.



Kelihatan di belakangnya, lautan manusia ceria bersembang tanpa menghiraukan pengumuman awam yang mengingatkan mereka tentang memerhatikan jarak selamat dan menggunakan pelitup.



Pada April dan bulan lalu, Delhi, kota besar dengan 20 juta penduduk, menyaksikan angka kes koronavirus yang mengerikan.



Tempat membakar mayat kekurangan ruang dan sibuk sekali. Pesakit yang payah bernafas terbiar mati di luar hospital dalam keadaan tanpa katil, oksigen dan ubatan.



Dengan tambahan mendadak kes kini tiada lagi, pihak berkuasa India mula melonggarkan perintah berkurung, membolehkan penduduk kembali bekerja dan membeli-belah.



India melaporkan 58,419 kes Covid-19 baru semalam, angka harian terendah dilaporkan dalam tempoh tiga bulan.



Namun, kadar vaksinasi yang rendah masih menimbulkan kebimbangan dengan jumlah kematian bertambah sebanyak 1,576 kes semalaman. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >