Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Dunia0

Pasar raya mini Jepun, Familymart, minta maaf apabila enam ekor tikus didapati di kedainya.

Aug 07, 2019 | 03:09 PM

Rangkaian kedai serbaneka Jepun, FamilyMart memohon maaf susulan penularan sebuah video di media sosial, yang memaparkan beberapa ekor tikus berkeliaran di salah satu cawangannya di Shibuya, sekali gus memaksa ia ditutup buat sementara.

Klip video yang dimuat naik di saluran YouTube dan Twitter menunjukkan sekurang-kurangnya enam tikus, dengan beberapa ekor daripadanya keluar dari rak paparan peti sejuk menempatkan bebola nasi atau onigiri dan hidangan bento, sebelum menghilangkan diri.

Reuters gagal mengesahkan kesahihan video berkenaan Stesen penyiaran NHK namun melaporkan bahawa video itu sudah mendapat lebih lima juta tontonan.

“Saya ingin memohon maaf kerana menyebabkan anda berasa kurang selesa. “Kami memandang serius kejadian ini,” kata FamilyMart dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman webnya susulan penularan video mengenai tikus yang berkeliaran di salah satu kedainya.

Menurut jurucakap syarikat itu, operasi kedai yang terletak di Shubya sudah dihentikan sejak Isnin lalu, bagi membolehkan siasatan dijalankan. Katanya, FamilyMart akan melaksanakan aktiviti pembasmian kuman dan langkah pencegahan, sebelum memutuskan sama ada untuk membuka semula kedai itu, selepas mengambil kira keadaan persekitarannya. - Reuters

Berita Popular

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map