Pasukan Kurdi yang disokong Amerika lancar serangan ke atas wilayah terakhir ISIS di timur Syria
Mar 12, 2019 | 05:30 AM
BAGHOUZ (Syria): Pasukan pimpinan Kurdi yang disokong Amerika Syarikat melancarkan serangan terhadap wilayah terakhir ISIS di timur Syria kelmarin, bagi melenyapkan saki-baki "kerajaan khalifah" kumpulan militan itu, yang pernah menguasai sepertiga Iraq dan Syria.
Walaupun Baghouz kawasan kecil berpenduduk terakhir yang masih dikuasai ISIS, kumpulan itu tetap dilihat secara meluas sebagai ancaman keselamatan besar yang beroperasi di wilayah terpencil di tempat lain dan dapat melancarkan serangan gerila.