Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NAHAS KERETA API DI TAIWAN

Pasukan penyelamat usaha keluarkan mayat mangsa terakhir

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



TAIPEI: Pasukan penyelamat Taiwan sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat mangsa terakhir dalam kemalangan ngeri kereta api minggu lalu.



Seramai 50 orang disahkan terkorban selepas kereta api ekspres yang membawa lebih 500 penumpang dan kru merempuh trak dalam kejadian berdekatan bandar Hualien Jumaat lalu, menyebabkan kereta api itu terbabas dari trek dan bahagian depannya remuk teruk.



Ini merupakan kemalangan kereta api yang paling teruk di Taiwan dalam tempoh tujuh dekad.



Para pegawai menyatakan kejadian itu berlaku apabila trak penyelenggaraan kereta api yang diletakkan di tepi trek kereta api tergelincir hingga ke trek.



Kereta api itu kemudian melanggar trak tersebut ketika memasuki terowong sempit berhampiran bandar Hualien.



Kereta api itu, yang menuju ke Taitung, tergelincir dalam satu terowong di utara Hualien, menyebabkan beberapa gerabak merempuh dinding terowong tersebut, kata pihak bomba dalam satu kenyataan.



Pegawai mengesyaki brek trak itu tidak digunakan dengan betul.



Jabatan bomba Hualien berkata mayat tersebut terperangkap di bawah bahagian kereta api seberat 15 tan.



Ia tidak memberikan sebarang perincian mengenai identiti penumpang.



"Proses menyelamat agak sukar, dan saat ini kami sedang membincangkan cara untuk mengatasi kesulitan ini, ini mungkin menyebabkan tempoh yang diperlukan (untuk proses itu) lebih lama," menurut jabatan itu.



Menteri Pengangkutan Lin Chia Lung berkata lewat kelmarin bahawa dia bertanggungjawab atas kemalangan itu dan akan mengundurkan diri setelah kerja-kerja menyelamat dan pemulihan awal selesai.



Antara mangsa yang terkorban termasuk seorang warga Amerika dan Perancis.



Pemerintah Taiwan telah menjanjikan pampasan dan berkata akan melakukan apa sahaja untuk membantu mangsa yang terselamat dan keluarga mereka, termasuk dengan menyelaraskan sumbangan orang ramai.



Bahagian trek yang rosak dijangka tidak dibuka semula hingga 20 April, walaupun lalu lintas kereta api diteruskan di landasan dan terowong yang tidak terjejas oleh kemalangan itu.



Kemalangan itu berlaku pada hujung minggu yang menandakan bermulanya Hari Membersih Kubur, ketika orang ramai pulang ke rumah untuk membersihkan kubur keluarga mereka.



Taiwan tidak menguatkuasakan sekatan perjalanan domestik, kerana situasi Covid-19 di sana terkawal dengan baik dan hanya 40 kes yang aktif di hospital.



Kemalangan kereta api paling teruk di Taiwan berlaku pada 1948 apabila sekitar 64 orang terkorban dalam satu kebakaran. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >