Topik diikuti
Pergi ke BHkuPasukan polis M'sia akan disusun semula, tiga pasukan elit mungkin dimansuhkan
Jun 28, 2018 | 5:30 AM
Pasukan polis M'sia akan disusun semula, tiga pasukan elit mungkin dimansuhkan
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, mengesahkan bahawa pasukan polis akan disusun semula, dengan tiga pasukan elit mungkin dimansuhkan.
Beliau berkata tiga unit yang mungkin dimansuhkan ialah Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg); Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting); dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).