VATICAN CITY: Paus Francis menyertai kempen pilihan raya Amerika Syarikat dengan menegaskan Encik Donald Trump tidak boleh mengaku dirinya seorang Kristian tetapi berikrar membina tembok membentengi Amerika daripada pendatang asing.
"Sesiapa sahaja, sesiapa pun, yang hanya mahu membina tembok dan bukan jambatan bukanlah seorang penganut Kristian," kata Paus Francis kepada wartawan semasa perjalanan pulang dari lawatan ke Mexico.