Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Pawagam pertama dalam masa 35 tahun dibuka 18 April

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pawagam pertama dalam masa 35 tahun dibuka 18 April

Apr 08, 2018 | 05:30 AM

RIYADH: Arab Saudi akan membuka pawagam pertamanya dalam tempoh 35 tahun pada 18 April ini.

Pawagam pertama akan beroperasi di ibu negara Riyadh, selepas kerajaan itu mencapai persetujuan dengan syarikat AMC Entertainment Holdings untuk membuka 40 pawagam dalam tempoh lima tahun.

Menurut sumber, pawagam yang dibuka di Arab Saudi tidak akan membuat pengasingan mengikut jantina, seperti dasar yang dilaksanakan di beberapa negara Islam lain.

Kali terakhir Arab Saudi membenarkan panggung wayang beroperasi adalah sekitar 1970-an sebelum diharamkan pada 1982 oleh golongan ulama kerana ia dianggap maksiat.

Namun, ia ditutup atas arahan ulama, sejajar dengan peningkatan pengaruh Islam di rantau Asia Barat ketika itu.

Pada 2017, kerajaan mengumumkan akan menarik semula larangan itu, yang merupakan sebahagian daripada reformasi sosial dan ekonomi, seperti yang diperjuang Putera Mahkota Mohammed Salman.

Putera Mahkota itu kini giat melakukan misi perdagangan di Amerika Syarikat bagi melobi pelaburan asing ke negara itu, untuk membantu memperluas sumber ekonomi, dan tidak terhad hanya bergantung pada hasil minyak.

Langkah pembaharuan sosial yang diperkenal pewaris takhta berusia 23 tahun itu bertujuan meningkatkan perbelanjaan tempatan serta mewujudkan peluang pekerjaan sebagai langkah menangani isu harga minyak yang menurun.

Warga Arab Saudi disifatkan sebagai penonton tegar filem Barat.

Di sebalik larangan pembukaan pawagam, filem Hollywood lazimnya ditonton di rumah.

Pawagam ini akan dibuka di daerah kewangan King Abdullah, di bangunan yang pada asalnya dibina bagi dewan konsert.

Beberapa lagi pengendali pawagam juga sedia membuka francais mereka di Arab Saudi sekiranya mereka menang bidaan.

Arab Saudi merancang membuka 350 pawagam, dengan 2,500 penayangan menjelang 2030, bagi memenuhi kehendak penduduknya yang berjumlah 32 juta, dengan majoriti berusia bawah 30 tahun. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3