Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

PBB adakan undian kecam serangan Russia minggu ini

Mar 23, 2022 | 05:30 AM



NEW YORK: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengadakan undian minggu ini, kata diplomat, bagi mengecam serangan Russia ke atas Ukraine hingga mengakibatkan keadaan kemanusiaan yang "sangat genting".



Ini di samping menggesa menyediakan laluan bagi penghuluran bantuan dan meminta Moscow untuk berhenti berperang dan menarik keluar tenteranya.



Ini adalah kali kedua pertubuhan seramai 193 negara anggota membuat undian bagi krisis Ukraine sejak Russia melancarkan apa yang disifatkan sebagai "operasi khas ketenteraan" pada 24 Februari lalu bagi memusnahkan prasarana ketenteraan Ukraine.



Ukraine, Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya sedang mendapatkan lebih banyak lagi jumlah 141 undian yang menyatakan 'Ya'terhadap resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengecam "tindakan Russia menyerang Ukraine".



Russia, Belarus, Eritrea, Korea Utara dan Syria mengundi 'Tidak', sementara 35 negara, termasuk China, berkecuali.



Ahad lalu, menandakan satu lagi hari wilayahi di bandar pelabuhan di timur Ukraine, Mariupol, menyaksikan beberapa pengeboman dan pertempuran paling hebat sejak Russia memulakan pencerobohan, pada 24 Februari lalu.



Ketika itu, terlihat Encik Andrei sibuk mengebumikan jirannya di kubur sementara di tepi jalan, bertentangan apartmen yang dibom.



Sementara itu, seorang lagi penduduk, Cik Natalia tertanya-tanya sama ada rumahnya masih wujud dan sebuah keluarga pula bimbang sampai bila bekalan makanan yang semakin berkurangan mampu bertahan.



Terhenti bersama penyodoknya, Encik Andrei berkata jiran yang dikebumikan itu tidak mati akibat serangan bom Russia, sebaliknya ekoran penyakit yang diburukkan lagi oleh tekanan sejak beberapa minggu lalu selepas gagal mendapatkan bantuan perubatan. Encik Andrei berkata beliau dan rakannya dinasihatkan tentera Ukraine untuk menyimpan mayat di ruang bawah tanah, namun ia dipenuhi orang yang berlindung daripada serangan artileri serta peluru berpandu Russia.



"Bom tidak membunuh mereka, sebaliknya keadaan ruang bawah tanah, kekurangan aktiviti fizikal, tekanan dan kesejukan. Saya harap akan ada pengebumian semula dan ini hanyalah sementara," katanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >