Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB angggar 10j orang terjejas akibat Taufan Amphan; 95 maut sejauh ini

May 22, 2020 | 11:10 AM



SATKHIRA (Bangladesh): India dan Bangladesh memulakan kerja-kerja menyelamat dan pembersihan besar-besaran semalam (21 Mei) setelah taufan paling dahsyat sejak tahun 1999 membunuh sekurang-kurangnya 95 orang dan meninggalkan kemusnahan tidak terperi.



Taufan Amphan meratakan rumah, menumbangkan pokok, menerbangkan bumbung dan merobohkan tiang elektrik, sementara ribut melanda kampung pesisir dan menghancurkan ladang udang yang penting bagi ekonomi tempatan.



Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bangladesh menganggarkan 10 juta orang terjejas, dan kira-kira 500,000 orang kehilangan tempat tinggal.



Jumlah kematian bagaimanapun jauh lebih rendah daripada ribuan yang terbunuh dalam taufan sebelumnya - hasil ramalan cuaca yang lebih baik dan rancangan tindak balas yang lebih baik.



Bencana tersebut telah menimbulkan ketakutan dan kepadatan penduduk di tempat perlindungan ribut dikhuatiri akan memburukkan penularan koronavirus.



Benggal Barat India melaporkan 72 kematian - termasuk 15 di ibu negara Kolkata - dengan ketua menteri negeri itu, Cik Mamata Banerjee berkata: "Saya belum pernah melihat bencana sebesar ini."



"Ini adalah taufan terburuk yang melanda negeri ini sejak yang terjadi pada tahun 1737 ketika ribuan orang kehilangan nyawa," katanya kepada wartawan. 



Cik Banerjee sebelumnya menggambarkan kesan taufan sebagai "lebih teruk daripada koronavirus".



Seramai 23 orang terkorban di Bangladesh, menurut angka kematian rasmi.



Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, dijadualkan  meninjau kerosakan di negeri-negeri di Bengal Barat dan Odisha pada hari ini, dan juga mengambil bahagian dalam mesyuarat bagi penyediaan bantuan.



Encik Modi sebelum ini menulis di saluran media sosial, Tweeter, bahawa "tiada siapa yang akan dibiarkan dalam usaha membantu mereka yang terjejas".



Ramalan cuaca yang lebih baik bermakna Bangladesh mampu memindahkan sekitar 2.4 juta orang ke tempat perlindungan atau keluar dari laluan langsung badai, sementara India menyelamatkan sekitar 650,000 orang.



Sekurang-kurangnya 10 juta orang kehilangan kuasa elektrik petang semalam di daerah-daerah yang paling teruk terjejas di Bangladesh, kata ketua lembaga elektrik luar bandar, Encik Moin Uddin.



Ribut itu merobohkan lebih 55,000 rumah - kebanyakan diperbuat dari timah, lumpur dan buluh - di seluruh Bangladesh, kata menteri muda bagi pengurusan bencana, Encik Enamur Rahman kepada AFP. - The Straits Times

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >