Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

PBB: Hampir 6.5 juta penduduk Ukraine hilang tempat tinggal

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Hampir 6.5 juta penduduk Ukraine kehilangan tempat tinggal manakala 3,270,662 orang lagi terpaksa meninggalkan negara itu, kata agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).



"Sejauh ini, lebih 12 juta orang telah terkesan di kawasan-kawasan paling teruk terjejas akibat perang dalam lingkungan Ukraine. Keperluan kemanusiaan amat diperlukan," kata PBB dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.



"Ramai orang terperangkap di kawasan yang konflik terus meningkat, dengan bekalan awam yang penting terputus, dan mereka tidak berupaya memenuhi keperluan asas, termasuk makanan, air dan ubat-ubatan," menurut kenyataan itu lagi.



Dalam kenyataan itu juga, Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) menggesa perlindungan bagi orang awam dan prasarana awam, hormat ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan merayu agar negara jiran terus membuka sempadan mereka kepada pelarian.



Mengikut anggaran Pertubuhan Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM), jumlah penduduk Ukraine yang bertindak meninggalkan negara itu dalam tempoh tiga minggu lagi berada pada tahap sama perpindahan ketika perang tercetus di Syria, yang mendorong kira-kira 13 juta orang meninggalkan kediaman masing-masing termasuk berhijrah ke luar negara.



Dapatan itu diperoleh melalui kajian yang dikeluarkan oleh Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan, lapor agensi berita Arab News.



Unjuran itu turut mendapati lebih 12 juta penduduk Ukraine dianggarkan terkandas di kawasan terjejas atau tidak dapat keluar atas risiko keselamatan yang meningkat, kemusnahan jambatan dan jalan raya, serta kekurangan sumber atau maklumat untuk mencari perlindungan dan penginapan.



Kajian itu memetik angka IOM sebagai petunjuk yang baik bagi skala perpindahan dalaman di Ukraine iaitu sekitar 6.48 juta orang penduduk yang kehilangan tempat tinggal berada di Ukraine pada 16 Mac.



UNHCR berkata, pertempuran susulan pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu mencetuskan krisis pelarian paling teruk di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



"Berdasarkan anggaran ini, kira-kira separuh negara sama ada berpindah secara dalaman, terkandas di kawasan terjejas atau tidak dapat keluar, atau sudah melarikan diri ke negara jiran," katanya merujuk kepada kira-kira 44 juta penduduk Ukraine yang berada di negara itu sebelum tercetusnya perang.



Kajian sama turut berkata, setakat Rabu lalu, seramai 9.56 juta orang telah kehilangan tempat tinggal akibat perang berkenaan dan 2.2 juta orang lagi sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Ukraine.



IOM turut menganggarkan lebih 3 juta penduduk Ukraine telah melarikan diri ke luar negara sehingga Rabu lalu. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >