Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PBB: Harga makanan sedunia jatuh kerana koronavirus, kemerosotan harga minyak

Apr 2, 2020 | 6:10 PM
HARGA MEROSOT: Sebuah kedai runcit di Moscow menerima kehadiran pelanggan di tengah-tengah kebimbangan orang ramai terhadap penularan koronavirus. - FOTO: AFP
HARGA MEROSOT: Sebuah kedai runcit di Moscow menerima kehadiran pelanggan di tengah-tengah kebimbangan orang ramai terhadap penularan koronavirus. - FOTO: AFP -

ROME - Harga makanan sedunia jatuh secara mendadak bulan lalu kerana permintaan telah merosot akibat wabak koronavirus dan kemerosotan harga minyak sedunia, kata agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu (2 April).

Indeks harga makanan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) menunjukkan perubahan bulanan bagi sebakul bijirin, biji minyak, produk tenusu, daging dan gula adalah 172.2 mata secara purata bagi bulan lalu yang merosot sebanyak 4.3 peratus berbanding Februari.

"Kemerosotan harga ini lebih disebabkan faktor permintaan, bukan bekalan dan faktor permintaan tersebut terpengaruh oleh keadaan ekonomi yang semakin murung," kata ahli ekonomi kanan FAO, Encik Abdolreza Abbassian. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg