Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB: Jutaan rakyat Afghanistan sudah kehabisan makanan

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



GENEVA: Penderitaan rakyat Afghanistan menjadi perhatian dunia apabila pegawai tertinggi Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa jutaan penduduk di negara itu sudah kehabisan makanan sebelum ketibaan musim sejuk ini.



Tambahan, satu juta kanak-kanak berisiko meninggal dunia jika keperluan segera mereka tidak dapat dipenuhi.



Setiausaha Agung PBB, Encik Antonio Guterres, ketika berucap pada satu sidang peringkat tinggi di Geneva yang diadakan untuk menangani krisis itu, berkata sejak pengambilalihan kuasa kumpulan Taleban di Afghanistan, kadar kemiskinan negara itu telah meningkat.



Selain itu, perkhidmatan awam asas hampir runtuh dan, pada tahun lalu, ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal setelah terpaksa melarikan diri daripada pertempuran.



"Selepas berpuluh tahun berperang, penderitaan dan keadaan tidak selamat, mereka mungkin kini menghadapi saat paling bahaya," kata Encik Guterres sambil menambah bahawa satu daripada tiga orang warga Afghanistan tidak tahu di mana mereka akan dapatkan makanan mereka seterusnya.



Bercakap kepada media kelmarin petang, Encik Guterres memaklumkan lebih AS$1 bilion ($1.34 bilion) dari segi ikrar bantuan telah dijanjikan masyarakat antarabangsa dalam pertemuan itu.



Duta Amerika Syarikat ke PBB, Cik Linda Thomas-Greenfield, menjanjikan dana baru sebanyak AS$64 juta bagi bantuan makanan dan perubatan.



Dengan prospek bencana kemanusiaan boleh berlaku di negara itu, ia kini menimbulkan ancaman segera kepada kanak-kanak di situ.



"Hampir 10 juta kanak-kanak perempuan dan lelaki bergantung pada bantuan kemanusiaan hanya untuk hidup," kata Cik Henrietta H. Fore, pengarah eksekutif Tabung Kanak-Kanak PBB (Unicef), dalam sidang itu.



"Sekurang-kurangnya satu juta kanak-kanak akan mengalami kekurangan zat makanan akut tahun ini dan boleh mati tanpa rawatan."



Walaupun sebelum Taleban menguasai negara itu, Afghanistan telah menghadapi krisis makanan serius dengan musim kemarau menyelubungi negara Asia Tengah itu.



Program Makanan Dunia menganggarkan 40 peratus tanaman telah terhapus.



Harga gandum telah meningkat 25 peratus dan stok makanan agensi bantuan itu dijangka habis pada akhir September.



Penderitaan penduduk yang disebabkan konflik dan diburukkan oleh perubahan iklim telah menjadi lebih parah ekoran ketidakpastian akibat penguasaan kumpulan Taleban, dengan banyak pekerja bantuan antarabangsa telah keluar dari negara itu atas sebab keselamatan.



Golongan pekerja itu yang masih berada di situ pula belum pasti sama ada mereka akan dapat meneruskan tugas mereka.



Semasa sidang PBB itu, pertubuhan itu mengatakan ia memerlukan dana kecemasan sebanyak AS$606 juta untuk menangani krisis segera, sambil mengakui bahawa wang sahaja tidak akan mencukupi.



PBB telah mendesak Taleban agar memberi jaminan bahawa pekerja bantuan dapat menjalankan tugas mereka dengan selamat.



Pada akhir perhimpunan itu, ikrar antarabangsa telah melebihi jumlah yang diminta. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >