Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PBB kecam keras kematian ratusan orang awam di Myanmar

Apr 03, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin "mengecam keras" kematian ratusan orang awam di Myanmar, dalam satu kenyataan sebulat suara tetapi dilembutkan oleh China setelah rundingan sukar selama dua hari.



"Anggota Majlis Keselamatan meluahkan keprihatinan mendalam terhadap keadaan yang semakin memburuk itu dan mengecam keras penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan secara aman dan kematian ratusan orang awam, termasuk wanita dan kanak-kanak," kata kenyataan itu, yang diusulkan oleh bekas kuasa penjajah Britain.



Dalam versi lebih awal teks itu, yang diperolehi AFP, negara-negara Barat mahu menyertakan "kesediaan untuk mempertimbangkan langkah-langkah selanjutnya" - satu rujukan kepada kemungkinan berlakunya sekatan antarabangsa.



Tetapi China, yang dianggap sekutu Myanmar paling penting, tidak membenarkan penyertaan ayat itu, kata diplomat.



Beijing juga berkeras meminta agar rujukan kepada "pembunuhan" ratusan orang awam dilembutkan dengan mengubahnya kepada "kematian" orang awam.



Russia, kata diplomat, juga menyekat teks itu beberapa kali kerana Moscow mahukan ayat yang mengecam kematian anggota pasukan keselamatan dalam tunjuk perasaan.



Namun, walaupun rundingan itu panjang, kejayaan mendapatkan Majlis Keselamatan untuk bercakap dalam satu suara menghantar "isyarat yang sangat penting," kata seorang duta yang tidak mahu namanya disiarkan.



Sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu, Majlis Keselamatan telah mengeluarkan tiga kenyataan sebulat suara tentang Myanmar.



Tetapi Beijing, yang tidak mengakui adanya rampasan kuasa itu, mengurangkan skop teks yang dirunding itu setiap kali.



Tambahan pula, kedudukan Majlis Keselamatan tidak membawa banyak kesan ke atas tentera itu sejauh ini.



Rabu lalu, utusan khas PBB ke Myanmar meminta tindakan keras terhadap junta dan memberi amaran kemungkinan berlakunya "pertumpahan darah" dan risiko perang saudara. - AFP.



LAPORAN LANJUT: Myanmar terus bergolak, kanak-kanak kini turut jadi mangsa




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >