Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Pecah amanah RM1j: Syed Saddiq diarah bela diri

Oct 29, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Penyandang Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang diperintah supaya membela diri oleh Mahkamah Tinggi semalam atas empat pertuduhan, menyifatkan keputusan itu bukan perkara yang telah berakhir.



Malah Presiden Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu memberi jaminan beliau tidak akan melarikan diri daripada sistem kehakiman negara.



"Kami tidak takut, kami tidak gentar. Ini masa untuk kami membela diri. Kami tidak akan lari daripada sistem kehakiman dan ia belum berakhir. Mama dan Abuyah, segala-galanya bagi saya. Ini bukan kekalahan. Sekarang adalah masa kita untuk mengeluarkan cerita dari sisi kita! Percayalah, ini bukan perkara yang telah berakhir. Kebenaran akan ditegakkan," katanya dalam ciapan di Twitter, semalam.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan, subahat pecah amanah, salah guna harta, pengubahan wang haram serta subahat pecah amanah dana dana milik sebuah parti politik berjumlah RM1 juta ($296,900).



Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid, memutuskan perkara itu selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mantan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu di akhir kes pendakwaan.



Syed Saddiq, 29 tahun, dalam sidang akhbar selepas mahkamah membuat keputusan, berkata beliau tidak sabar untuk membersihkan namanya selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkannya membela diri atas empat tuduhan jenayah.



"Saya akan menjelaskan sisi cerita saya supaya keadilan dapat ditegakkan.



Peguam Encik Gobind Singh Deo berkata, Syed Saddiq akan memberikan keterangan dari kandang saksi.



Mantan Ahli Parlimen Muar itu juga memberi bayangan bahawa beliau mungkin akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan raya Umum ke-15 (RU15), dengan berkata beliau akan menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan nasibnya.



"Selebihnya, saya akan membawa perkara ini kepada parti saya kerana saya orang parti dan dalam politik, prinsip diutamakan," tambah Syed Saddiq.



Mantan menteri belia dan sukan itu menegaskan bahawa keputusan mahkamah semalam tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berjuang demi rakyat.



Perbicaraan membela diri atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram bermula 22 Februari tahun depan.Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas memerintahkan Syed Saddiq membela diri atas empat pertuduhan subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (Amla).



Dalam masa yang sama, warganet menuntut Syed Saddiq berundur sebagai presiden Muda dan melupakan hasrat bertanding pada PRU15.



Pengguna Twitter @aminothman memberitahu Syed Saddiq agar menunaikan apa yang diperkatakannya sebelum ini, dan berundur "secara terhormat" daripada menjadi calon PRU15.



"Jangan amalkan 'double standard'. Orang Umno dituduh mahkamah dikatanya perompak, tapi bila kamu dituduh di mahkamah, dikatanya (pendakwaan) terpilih. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >